KOTA SAMARAHAN – Pada 4 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyampaikan 30 pek kotak makanan asas keperluan dapur mengandungi beras, gula, perisa minuman, roti bungkus, mee bungkus, kicap dan sos kepada Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib di sini.
Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafa-Ee kepada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib, Hajjah Hajijah Haji Mokhtar.
Program ini ialah sebahagian pengisian untuk Ihya Ramadan Sebulan YADIM.
KOMEN