GEORGETOWN – Siri ceramah sempena Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 27 April.
Kali ini bersama OKP (Orang Kena Pengawasan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pejabat AADK Timur Laut, Pulau Pinang.
Program ini menyasarkan golongan OKP yang beragama Islam sempena kedatangan Ramadan.
Ceramah diberikan oleh pegawai YADIM Pulau Pinang, Zulhilmi Zaini.
Seramai 30 orang OKP telah hadir ke program ini dan maklumbalas yang diterima daripada mereka cukup baik.
Mereka didedahkan dengan amalan dan tips yang perlu dilakukan ketika berada dalam bulan Ramadan oleh penceramah.
Ceramah turut disertai pegawai, kakitangan serta sukarelawan AADK Timur Laut.
Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).
KOMEN