SEREMBAN – Pada 25 April, pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Taman Kelab Tuanku dan Persatuan Penduduk Taman Kelab Tuanku telah mengadakan edaran bubur lambuk sempena sambutan Ramadan.
Ini merupakan kali kedua program ini diadakan.
Ia turut mendapat kerjasama Surau Ar Raudhah, Taman Kelab Tuanku.
Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang dengan edaran bubur lambuk di sekitar Mambau.
KOMEN