TELOK PANGLIMA GARANG – Memasuki hari kelapan umat Islam berpuasa pada 20 April, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat konsisten menyantuni mereka yang memerlukan.
Ziarah kali ini menyaksikan mereka menyantuni lapan keluarga di Sijangkang dan Kampung Medan di sini menerusi pemberian juadah berbuka puasa dan sedikit wang tunai.
Enam yang disantuni merupakan keluarga ibu tunggal manakala dua lagi adalah warga emas.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.
Kesemuanya mengucapkan terima kasih atas ingatan yang ditunjukkan untuk mereka.
KOMEN