KUANTAN – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) diiktiraf sebagai sebuah universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penganugerahan taraf sebagai universiti penuh itu diharap akan meningkatkan lagi hasil penyelidikan dan kualiti graduan sehingga universiti itu menjadi institusi pengajian tinggi yang ulung.
Katanya, universiti itu bukan sahaja di Pahang tetapi di peringkat antarabangsa.
“Alhamdulilah, sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga KUIPSAS kerana diiktiraf sebagai sebuah universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
“Penubuhan KUIPSAS yang bermula pada tanggal 27 Ogos 1996 sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, satu lakaran kejayaan yang harus diingati oleh seluruh anak Pahang Darul Makmur.
“Sepanjang penubuhannya, KUIPSAS sudah melahirkan graduan dalam pelbagai bidang dan ia adalah antara aset terpenting pembangunan modal insan di negeri ini,” katanya.
Wan Rosdy berkata, pendekatan KUIPSAS yang mengintegrasikan pembangunan ukhrawi dan kemahiran berteraskan industri adalah ciri unik yang harus dikekalkan serta diperkasakan demi masa hadapan generasi akan datang,” katanya. – Berita Harian
KOMEN