KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 26 Mac telah melakukan kunjungan hormat ke Unit Pematuhan Syariah, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.
Kunjungan YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan itu bertujuan meninjau peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak.
Kedatangan YADIM disambut oleh Pengarah Klinikal SASMEC, Prof. Dr Zamuri Zakaria dan Koordinator Unit Pematuhan Syariah SASMEC, Prof Dr Aminudin Che Ahmad.
Dalam kunjungan santai ini, pihak SASMEC telah menerangkan taklimat pelaksanaan Hospital Patuh Syariah yang dilaksanakan mereka.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok yang turut serta dalam kunjungan ini juga menyatakan hasrat untuk melibatkan sukarelawan YADIM Pahang, yang kini mencapai lebih 700 orang keanggotaannya dalam program yang bakal dilaksanakan kedua pihak ini.
Dalam kunjungan ini juga, YADIM Pahang menyampaikan sumbangan debu tayammum dan 40 buah buku Panduan Ibadat Pesakit terbitan YADIM untuk diletakkan di sudut bacaan dan surau SASMEC.
Hadir sama ke pertemuan ini ialah ialah Ustaz Abdul Rahman Al-Azmi, Pegawai Syariah, Unit Pematuhan Syariah, SASMEC.
KOMEN