Home » Citra Yadim » Dua keluarga memerlukan terima sumbangan YADIM Kelantan

Dua keluarga memerlukan terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 23 Mac telah membantu dua keluarga yang memerlukan di sini.

Hidayatullah Mat Rahim berumur 31 tahun menetap di kampung Wakaf Stan, Kota Bharu di sini.  Sebelum ini bekerja menjual buah-buahan, namun kini terlantar di rumahnya selepas terkena serangan angin ahmar kali kedua pada 9 Februari 2021.

Hidayatullah turut mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis memerlukan perbelanjaan hampir RM2,000 sebulan bagi menampung pembelian susu, lampin pakai buang dan keperluan yang lain.

Dia kini dijaga oleh adiknya Nuratikah Mat Rahim, 24 tahun. Kos rawatan dan penjagaan bergantung kepada sumber pendapatan suami adiknya itu yang bekerja di sebuah kedai sewaan khemah.

Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

YADIM meneruskan ziarahnya ke kediaman kedua di Taman Sri Kemboja Binjai Baru. Mohd Bukhari Abd Rahman, 37 tahun terlantar di rumah akibat kemalangan jalan raya pada September tahun lalu.

Motosikal yang ditunggangnya terlibat dengan kemalangan dengan membabitkan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Salor, Pasir Mas.

Mohd Bukhari memiliki lima orang anak serta isteri yang hanya mengusaha perniagaan ikan kering di rumah secara kecil-kecilan.

Keluarga ini juga memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk penjagaan dan rawatan Mohd Bukhari. Bagi meringankan sedikit beban keuarga ini, YADIM Kelantan menyumbang sedikit wang tunai dan barangan keperluan harian.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *