SANDAKAN – Nasib penghantar Foodpanda di negeri ini terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.
Pada 9 Mac, seramai 100 penghantar berkenaan disantuni YADIM menerusi pemberian barangan keperluan harian. Pada masa yang sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hamsan Ag Supain, yang hadir sama ke majlis ini turut menyumbang petrol untuk para penghantar berkenaan.
Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau dan pemilik stesen Petronas Batu 2 ½, lokasi program dijalankan, Datuk Awang Kadin Tang.
YADIM Sabah juga sebelum ini menyantuni 100 penghantar Foodpanda di Stesen Petronas Jalan Mat Salleh di Kota Kinabalu pada 20 Februari.
KOMEN