PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk kali ketiga berturut turut berjaya mengekalkan pencapaian Sifar Ketidakpatuhan (0 NCR) dalam Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.
Kejayaan itu dicapai dalam Sesi Audit Pembaharuan Pensijilan MS ISO 9001:2015 YADIM oleh AJA EQS CERTIFICATION (M) SDN. BHD pada 1 dan 2 Mac, yang telah diselaraskan oleh Unit Audit dan Kualiti YADIM.
Audit kali ini melibatkan sembilan unit dan bahagian di YADIM selain pengurusan tertinggi iaitu Unit Audit dan Kualiti, Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Bahagian Penerbitan, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kepimpinan Muda, Bahagian Media dan Teknologi Dakwah dan Bahagian Akaun.
Audit kali ini juga merupakan yang pertama dianjurkan secara dalam talian sepenuhnya bagi memenuhi SOP mengelak penularan Covid-19.
Ketua Auditor AJA EQS CERTIFICATION (M) SDN. BHD, Zulfadhli Jamal dalam rumusannya semasa sesi penutup audit mengucapkan tahniah kepada pengurusan YADIM dan kakitangannya atas kesungguhan yang ditunjukkan hingga berjaya mengekalkan pencapaian ini untuk tahun ketiga berturut turut.
Audit seterusnya, akan dijalankan sembilan bulan daripada sekarang.
KOMEN