JOHOR BAHRU – Usaha membantu meringankan beban pemandu bas sekolah di negara ini yang terjejas dengan Covid-19 kini dilakukan pula oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor.
Bertempat di Pejabat Persatuan Pemilik & Pemandu Bas Sekolah Daerah Johor Bahru, YADIM Johor yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Ammar Abdullah menyampaikan sumbangan kepada 200 ahli persatuan berkenaan pada 28 Februari.
Di majlis ringkas tersebut, gimik penyerahan sumbangan barangan keperluan harian diserahkan kepada pengerusi persatuan berkenaan, Mohd Saad.
Sebelum ini selain YADIM Johor, YADIM Kelantan juga telah beberapa kali menyantuni para pemandu bas sekolah di negeri tersebut.
KOMEN