KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, dengan kerjasama Persatuan FIT Malaysia Kota Bharu dan Masjid Al-Mustaqim Kompleks Perumahan Polis, Wakaf Mek Zainab telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Jenazah di sini pada 27 Februari.
Dihadiri seramai 55 orang ahli persatuan berkenaan, Persatuan Keluarga Polis, persatuan Nazz Fitness dan Amal SMI, ia menampilkan Ustaz Mohd Kashuadi Abd Ghani daripada Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai penceramah program.
Dato’ Zulkepli Haji Abd Hamid, Pengerusi Fit Malaysia Kota Bharu hadir sama ke majlis ilmu ini.
Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang turut hadir dan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program.
YADIM Kelantan juga sebelum ini pernah beberapa kali menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah. Antaranya yang dilakukan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia Kelantan pada Disember 2019 dan Persatuan Aspirasi pada April 2019.
KOMEN