Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey

Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey

KUALA LANGAT – Saudara baharu dari kalangan Orang Asli di sini tidak pernah dilupakan perihal kebajikan mereka.

Pada 16 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang juga terjejas dengan penularan Covid-19.

Mereka yang disantuni hanya  nelayan separuh masa dan tiada pendapatan tetap.

Pada hari yang sama juga, Sukarelawan YADIM Kuala Langat menyampaikan sumbangan rehal kepada Penyelaras Mualaf Orang Asli Pulau Carey, Ustaz Muhamad Rusli Mustafa untuk kegunaan di Surau Al Rahmah Kampung Kepau Laut di sini.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *