Home » Citra Yadim » Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas

Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas

SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program  YADIM di sana sebelum ini.

YADIM sebelum ini telah mengadakan dua siri program di perkampungan ini bermula dengan program penyampaian sumbangan makanan serta tazkirah sempena bulan dakwah YADIM dan penyampaian sumbangan sistem pembesar suara di surau kampung itu.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Pahang pada hujung tahun lepas.

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *