KOTA BHARU – Kejayaan menganjurkan Program Tautan Kasih di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Putik pada 23 Januari lalu menyebabkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diberi kepercayaan ramai untuk mengadakan siri kedua program itu.
Ramai badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang telah menyumbang untuk menjayakan program tersebut.
Justeru pada 27 Januari, siri kedua tautan kasih itu telah dilaksanakan di PKRC Jubli Perak di sini dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Kelantan, Gabungan NGO Hadapan Kelantan (Gohek) dan Misi Kembara Dakwah.
100 pek KFC disumbangkan kepada pesakit dan petugas di pusat ini. Selain itu, pelbagai jenis makanan lain turut disumbangkan. Pesakit kanak kanak juga diceriakan menerusi sumbangan barangan permainan.
Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah Kelantan, Mahadi Awang. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussain, Pengarah Pengarah PKRC Kota Bharu, Dr Nor Azman Yaacob – Pengarah Pengarah PKRC Kota Bharu, Pengerusi Sukarelawan Kelantan, Tuan Hazli Tuan Mamat serta Timbalan Pengerusi (1) Sukarelawan Kelantan, Zainudin Mat Jusoh.
KOMEN