KETEREH – Cakna dengan nasib sepasang warga emas di Kampung Talang di sini yang memerlukan perhatian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 26 Januari segera tampil menyantuni mereka.
Diwakili Pengarahnya, Mahadi Awang serta pegawai badan dakwah ini, YADIM Kelantan menyumbang RM1,000 serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban pasangan berkenaan. Hadir sama ketika acara ringkas penyerahan sumbangan ialah Penghulu Kampung Talang, Afendi Ismail.
YADIM juga meninjau beberapa keperluan lain yang perlu untuk pasangan ini.
Wan Mohamed Jaafar dan Fatimah Salleh tinggal hanya tinggal berdua di dalam rumah yang agak uzur dan mencari rezeki sebagai tukang urut. Fatimah setia menjadi ‘tongkat’ penunjuk arah kepada suaminya yang buta ketika berjalan kaki bagi mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengurut pelanggan.
Kisah mereka turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang segera mahu pasangan ini dibantu.
KOMEN