RANTAU PANJANG – Usaha menyantuni golongan muallaf berketurunan Thai diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.
Pada 3 Disember, seramai lima keluarga muallaf berketurunan Thai dari kawasan ini dan 10 lagi dari Pasir Mas menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan.
Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Thai Muslim Kelantan. Hadir sama ialah wakil persatuan ini, Nordin Abdullah@Noraden Anuraksas.
YADIM Kelantan pula diwakili oleh Pengarahnya, Mahadi Awang serta Penolong Pengarahnya, Yusnita Muhamed Yusoff.
KOMEN