KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama Islam.
“Pengumuman itu adalah berkenaan pernikahan dan bukannya majlis perkahwinan. Majlis sosial seperti perkahwinan, hari jadi dan sebagainya masih lagi tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media keselamatan COVID-19, pada 9 November.
Beliau berkata, pengumuman mengenai SOP itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing memandangkan Sultan atau Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri. – Berita Harian
KOMEN