Home » Langit Terbuka » Fitnah program pemulihan LGBT, JAKIM buat laporan polis

Fitnah program pemulihan LGBT, JAKIM buat laporan polis

Tangkap layar akaun Twitter yang didakwa membuat tuduhan atau fitnah tidak berasas terhadap program Mukhayyam kendalian JAKIM. - Foto AlHijrah Online

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 3 Ogos membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter Nicole Fong yang didakwa membuat tuduhan atau fitnah tidak berasas terhadap program Mukhayyam kendalian JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, individu berkenaan telah menyamakan program Mukhayyam tersebut dengan amalan terapi pertukaran dari barat seperti terapi menggunakan kejutan elektrik, pembedahan, kahwin secara paksa dan rogol secara korektif.

“Tujuan JAKIM membuat laporan polis adalah supaya siasatan lanjut dilakukan terhadap tuduhan palsu berkenaan dan demi menjaga nama baik pihak kerajaan.

“JAKIM berpandangan tuduhan tersebut berbaur manipulatif, berniat jahat serta dilihat ingin menghalang dan menyekat hak kebebasan beragama warga Muslim dalam kalangan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) yang ingin menjalani kehidupan yang lebih baik selari dengan tuntutan syariat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Paimuzi berkata, program Mukhayyam anjuran JAKIM dan JAIN adalah bersifat sukarela dengan pendekatan harmoni dan holistik yang menekankan aspek kesedaran kerohanian, bimbingan fardhu ain, kesedaran kesihatan, motivasi dan bimbingan kerjaya. — AlHijrah Online

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *