Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19.

Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini.

Acara ringkas ini diadakan di kediaman Pengerusi  Pertubuhan Warisan Taqwa Islamiah Malaysia Negeri Kelantan, Ahmad Abd Rasid di sini.

Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim telah menyampaikan sumbangan berkenaan.

YADIM Kelantan merancang untuk mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *