Home » Langit Terbuka » Israel lakukan 106 jenayah dalam seminggu di wilayah Palestin

Israel lakukan 106 jenayah dalam seminggu di wilayah Palestin

Sekatan yang dikenakan ke atas Palestin ketika ini menghalang usaha mendapatkan keadilan bagi semua jenayah dilakukan Israel. - Foto Counterfire.com

BAITULMAQDIS – Lebih 100 pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa telah dilakukan oleh penduduk haram dan rejim pengganas Israel dalam tempoh seminggu di wilayah Palestin yang diduduki.

Dalam satu laporan Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) semalam, sebanyak 106 jenayah Israel telah direkodkan secara menyeluruh.

Bagaimanapun, sekatan yang dikenakan ke atas Palestin ketika ini telah menghalang badan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan keadilan bagi semua jenayah dilakukan Israel.

“Sambutan hari raya Aidilfitri pada minggu ini tidak berbeza dengan hari-hari biasa kerana serangan ke atas penduduk Palestin masih berterusan.

“Penduduk haram bertindak menembak dan mencederakan warga Palestin, membakar tanah dan menyerang kawasan perumahan,” kata PCHR.

Sebelum ini, rejim Zionis telah membunuh lima warga Palestin termasuk seorang kanak-kanak menggunakan peluru hidup ketika melakukan serangan di Ramallah dan Tubas.

Bukan itu sahaja, Israel turut mengambil kesempatan apabila memperluas penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Malah, lebih teruk Israel turut menyerang dan memusnahkan rumah yang masih dalam pembinaan di Lembah Jordan, dengan memberi alasan kononnya pembinaan berkenaan tidak mendapat keizinan pihak berkuasa Israel.

Namun, ianya mustahil bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan permit pembinaan rumah.

Israel telah melakukan pemusnahan penempatan Palestin secara besar-besaran termasuk menggunakan jentolak di tapak sejarah Sebastia, selain mencuri batu-batu lama di kawasan sekitarnya.

Sehingga kini, kira-kira 650,00 penduduk haram Yahudi tinggal di wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis Timur.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *