Home » Langit Terbuka » Nikah dalam talian, perlu ikut garis panduan rukun nikah

Nikah dalam talian, perlu ikut garis panduan rukun nikah

Pernikahan dalam talian yang pertama di Malaysia baru baru ini. - Foto JAWI

KUCHING – Isu akad nikah secara dalam talian menimbulkan banyak persoalan sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Menurut Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Sahibul Fadhillah Mual Suaud dalam situasi ketika ini, masyarakat Islam seharusnya bersifat toleransi serta memahami situasi semasa.

“Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah mengeluarkan fatwa tentang keharusannya dan JAKIM juga telah mengeluarkan garis panduan bagaimana ia dilaksanakan.

“Biasalah perkara yang jarang berlaku selalunya akan menimbulkan sedikit persoalan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Jelasnya lagi, tidak timbul persoalan sekiranya ada upacara Walimatulurus dilangsungkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara dalam talian.

“Negara kita masih berada dalam tempoh PKP, maka kita perlu berlapang dada mendepani situasi ini,” tambahnya.

Sementara itu, bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Mursyid Di Raja Dr Juanda Jaya yang berkongsi pandangan sama berkata perkara paling utama adalah garis panduan diutamakan walau berdepan dengan situasi yang membataskan perancangan.

“Saya mendapati bahawa inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah suatu perkara yang membuktikan bahawa pelaksanaan ajaran agama Islam itu boleh selari dengan pelbagai situasi.

“Apa sahaja masalah yang menimpa permasalahan ummah Islam pada masa ini, yang penting adalah amalan keagamaan itu dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Isu ini dibangkitkan selepas tular sebuah video majlis akad nikah melalui persidangan video yang dilaksanakan oleh JAWI baru-baru ini.

Ia merupakan upacara yang pertama seumpama itu di Malaysia susulan kekangan pergerakan akibat PKP yang mula berkuatkuasa 18 Mac lepas. – Awani

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *