PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysian Turkey Culture Association (MTCA) sepakat untuk mempelbagai dan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara dua organisasi ini.
Demikian hasil pertemuan dalam kunjungan MTCA ke ibu pejabat YADIM di sini pada 6 Januari.
Pertemuan selama kira kira dua jam itu membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh membawa manfaat kepada badan ini dan pemegang taruh masing masing. Antaranya ialah menerusi penganjuran seminar dan aktiviti dakwah secara bersama antara YADIM dan MTCA.
YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Norisham Hamzah dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Mohammad Mirzan Abdul Majid.
Delegasi MTCA pula diwakili oleh Prof Adam Kiliaman, Dr. Mohammed Zain Yusof , Haci Nabi Sahin , Ali Aydoogan, Nuraisyah Mohd Radzi dan Khairul Anuar Mohd Nayan.
Dalam pada itu, Nik Omar menyambut baik hasrat MTCA sambil memberitahu, YADIM mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama terutamanya yang dalam mampu membentuk hubungan strategik.
Beliau juga menjemput MTCA untuk menghadiri Multaqa Ulama Sedunia yang akan diadakan pada September nanti.
YADIM sebelum ini telah menganjurkan beberapa program bersama MTCA. Antara yang membawa impak tinggi termasuklah Seminar dan Bengkel Antarabangsa Risale I Nur di Universiti Malaya pada Mei 2018.
KOMEN