Home » Citra Yadim » Dakwah santai Prodaksi di Pulau Mabul

Dakwah santai Prodaksi di Pulau Mabul

SEMPORNA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta agensi agensi agama yang terlibat dengan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) meneruskan program mereka ke Pulau Mabul di sini, pada hari kelima program (22 Ogos).

Selepas memulakan perjalanan menaiki bot selama sejam ke pulau berkenaan, pasukan Prodaksi tiba di sana pada jam 9 pagi dan disambut mesra penduduk dengan paluan kompang serta alunan selawat.

Antara pengisian program Prodaksi di sini termasuklah sesi ceramah agama yang diadakan di Masjid Maqbul, Pulau Mabul.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku salah satu agensi yang terlibat dalam Prodaksi pula telah menyalurkan bantuan alat tulis, buku buku serta kit pengurusan jenazah kepada masjid dan sekolah di pulau ini. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Yang Berhormat Sarifudin Hata.

Turut diadakan ialah program Halaqah Santai bersama penduduk pulau. Antara perkara yang dibicarakan menyentuh mengenai soal aqidah dan ibadah melibatkan rukun iman dan rukun Islam.

Penyelaras YADIM Wilayah, Mohd Firdaus Rusli serta Pembantu Daie YADIM Sabah, Badrul Hisyam Bakar terlibat sama dalam menjayakan program Halaqah ini.

Program diakhiri dengan solat Zohor berjemaah bersama penduduk pulau.

Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak KAGAT, yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan untuk tujuan pengisian rohani mereka, namun diperluaskan kepada masyarakat awam di sekitar penempatan tentera.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *