IPOH – Poster perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang menggunakan tulisan Jawi dalam laman Facebook sebuah kelab penyokong Perak, Perak the Yob mendapat pujian netizen.
Poster berkenaan mula dimuat naik dalam laman Facebook Perak the Yob hari ini (16 Ogos).
Poster berkenaan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya mengenai perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang di Stadium Perak di sini malam esok.
Turut tertera pada poster perlawanan tersebut tulisan Jawi ‘ Jangan lupa malam esok di Stadium Perak, Ipoh Perak menentang Pulau Pinang. Penuhkan stadium yob yong sekalian. Kejor Yob Kejor’.
Rata-rata netizen memuji penggunaan tulisan Jawi pada poster tersebut sebagai usaha memartabatkan tulisan Jawi dan ia wajar diteruskan.
Malah ada pemilik akaun Facebook yang memberikan komen dalam tulisan Jawi.
Penyokong mengalu-alukan penggunaan tulisan Jawi pada poster berkenaan yang secara tidak langsung membantu mereka yang sudah ‘berkarat’ Jawi untuk belajar kembali tulisan Jawi. – Utusan Malaysia
KOMEN