Home » Langit Terbuka » Polis siasat Dong Zong

Polis siasat Dong Zong

Enam laporan diterima dan kertas siasatan sudah dibuka polis terhadap Dong Song. - Foto FMT

SHAH ALAM – Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima berkaitan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga kini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung persatuan terbabit.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan akan mengambil tindakan susulan sekiranya memerlukan.

“Kita ada semak laporan polis dan enam laporan diterima dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Kita lihat hasil siasatan itu nanti dan semestinya kita akan panggil mereka (Dong Zong) untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini (15 Ogos).

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk mengharamkan Dong Zong atau sebaliknya.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Dong Zong adalah rasis kerana selalu membuat kenyataan tanpa memikirkan perasaan kaum lain di negara ini.

Katanya, walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara, semua pihak seharusnya peka dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan kaum lain. Harian Metro

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *