Home » Persuasif » Lapar waktu petang??

Lapar waktu petang??

Pernahkah anda berasa lapar pada waktu petang terutama pada pukul 3 ke atas? Rasanya ramai yang melaluinya. Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar diet barat kepada 1,250 orang responden, terdapat 62 peratus yang tidak dapat menahan kelaparan menjelang petang iaitu ketika menjelang habis waktu pejabat. Kenapa?

Pakar nutrisi, Lorna Driver-Davies daripada Nutri Centre Nutritional Therapist, “Ketika kepenatan kita cenderung memilih makanan yang tidak sihat. Kita mahukan makanan yang boleh meningkatkan tenaga dengan cepat. Ini disebabkan pada waktu petang kadar cortisol berada pada tahap paling rendah dan itulah punca yang membuatkan kita berasa penat.

Cortisol merupakan hormon yang dirembeskan oleh ginjal dan berfungsi untuk membuatkan tubuh berasa bertenaga. Lazimnya, semakin petang kadar hormon ini akan menurun dan tubuh mula berasa mahukan makanan yang boleh mengembalikan tenaga yang telah berkurangan. Kebiasaannya ini boleh diperolehi daripada makanan manis dan berkarbohidrat tinggi.

Jadi tidak hairanlah, menjelang petang kita cenderung mahu makan coklat, biskut, roti atau mi. Lorna menjelaskan, “Keinginan kepada makanan manis boleh terjadinya ketidakseimbangan pada gula darah. Jika gula darah anda turun naik sepanjang hari, ia akan mempengaruhi pilihan makanan anda.”

Dr Marilyn Glenville, yang juga seorang pakar nutrisi pula menjelaskan, ketika makan, gula darah atau glukosa akan meningkat. Semakin tinggi dan cepat gula darah meningkat, semakin banyak insulin yang harus diproses oleh pankreas. Semakin tinggi gula darah, ia juga akan menurun ke tahap yang paling rendah. Akibatnya perut berasa lapar dan menginginkan sesuatu yang boleh meningkatkan semula gula darah.

Peningkatan dan penurunan gula darah secara drastik boleh mengganggu kesihatan. Jika keadaan ini berterusan, lama-kelamaan tubuh akan mengalami resistensi insulin iaitu keadaan apabila insulin terus-menerus diproses oleh pankreas tetapi insulin di dalam sel tidak merespon secara efektif.

Bagi mengelak daripada keinginan makan pada waktu tersebut, ada beberapa langkah yang boleh diamalkan secara teratur. Pertama, tidur yang cukup selama 7 hingga 8 jam sehari. Tidur yang cukup boleh menjadikan tubuh kita berasa lebih segar dan tidak berasa terlalu letih menjelang petang. Salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang nyenyak adalah dengan mengambil magnesium yang boleh didapati daripada makanan tambahan.

Kedua, mengambil sarapan yang sihat yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein dan sayur. Kombinasi ini membuatkan gula darah menjadi stabil sehingga pukul 3 petang dan tidak akan turun secara drastik dan keinginan untuk makan berkurangan. Anda boleh cuba dengan memakan sandwich berisi telur, tomato dan lada putih serta secawan yoghurt untuk sarapan.

Sebagai alternatif, sediakan snek yang berisi buah-buahan kering dan kekacang. Di samping mengambil buah potong dan salad sayuran.

Kesimpulannya, apabila kita berasa penat kita akan berasa lapar tetapi pencegahan boleh dilakukan dengan tip-tip yang diberikan.

Sumber daripada wolipop.detik.com

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *