Home » Citra Yadim » 100 kit kebersihan sumbangan MAWAR untuk penduduk Kuala Koh

100 kit kebersihan sumbangan MAWAR untuk penduduk Kuala Koh

GUA MUSANG – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kerja kerja kebajikan mereka di bumi Kuala Koh di sini apabila hadir sekali lagi menyantuni masyarakat Orang Asli.

Kali ini kehadiran mereka pada 17 Julai lalu turut membawa sebanyak 100 kit kebersihan untuk disumbangkan kepada ketua ketua isi rumah di Etnobotani (penempatan sementara) di sini.

Kit tersebut mengandungi ubat gigi, berus gigi, serta barangan keperluan mandi bagi kegunaan masyarakat Orang Asli yang tinggal di sana.

Golongan kanak kanak pula diceriakan dengan pemberian barangan mainan.

MAWAR diwakili oleh Pengerusinya, Dr Hafidzah Mustakim dan diiringi oleh Pemangku Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff.

Hadir sama ialah delegasi Gerakan Elite Bersatu Malayisa (GRE1M).

Lawatan ke penempatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pegawai Perubatan Gua Musang, Dr Noor Aida Abdullah mengenai perkembangan dan situasi terkini mereka yang mendapatkan perlindungan di kawasan tersebut.

Kunjungan MAWAR ke Etnobotani jelas menceriakan masyarakat Orang Asli di penempatan sementara ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *