Home » Langit Terbuka » Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsisten

Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsisten

Mapim menegaskan, tentangan terhadap kekejaman Israel perlu dilakukan secara berterusan kerana ia mencerminkan betapa negara ini serius menentang sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim itu. - Foto Mapim

PUTRAJAYA – Kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza harus ditentang secara konsisten oleh masyarakat antarabangsa bagi memberikan tekanan berterusan terhadap rejim zionis itu agar menghentikan kekejaman mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, berkata tentangan perlu dilakukan secara berterusan kerana ia mencerminkan betapa negara ini serius menentang sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim itu.

Agenda Israel ini sangat kemas dalam menghapuskan Palestin. Justeru, kita tidak boleh terus duduk dalam keadaan bermusim, yang mana bila ada serangan besar-besaran di sana, baru mahu boikot atau bersuara.

“Sedangkan mereka di Gaza setiap hari menerima serangan cuma bezanya dalam skala kecil atau besar saja. Israel kini juga menukar cara untuk melumpuhkan semangat rakyat Gaza, yang mana mereka kini tidak lagi membunuh tetapi mencederakan anak muda di sana sehingga mereka cacat bagi mendera mental dan fizikal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus tiba dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini selepas menyertai Misi Bantuan Kemanusian MAPIM ke Gaza sejak 8 Julai lalu.

Sementara itu, menceritakan mengenai pengalaman terkandas kira-kira 40 jam di sempadan Rafah ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air, beliau berkata, ia amat menguji ketahanan mental dan fizikal kumpulan berkenaan memandangkan kemudahan yang terhad di kawasan itu.

“Tiada kedai, tiada makanan selain tandas yang tidak sempurna amat menduga kesabaran dan sungguh menyiksakan. Cuba bayangkan rakyat Gaza yang terpaksa berulang alik ke kawasan itu, terkandas lama sedangkan mereka yang melaluinya adalah yang sakit dan memerlukan rawatan di hospital di Mesir tetapi dinafikan hak untuk keluar.

“Sepanjang 40 jam itu, pelbagai suasana menyedihkan dapat dilihat termasuk anak kecil yang juga penduduk Gaza yang terpaksa tidur di atas lantai. Ditambah lagi cuaca pada waktu siang yang panas dan tiada penghawa dingin,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *