Home » Citra Yadim » Jangan sia sia usia remaja

Jangan sia sia usia remaja

DUNGUN – Jangan sia sia usia remaja. Demikian nasihat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam kuliah maghribnya di Surau Kolej Vokasional Dungun kepada para pelajarnya  di sini pada 11 Julai.

Menurutnya, usia remaja merupakan tempoh yang penuh dengan cabaran dan dugaan, justeru golongan remaja perlu ada jati diri yang kuat. Tambah beliau, setiap mukmin yang mukallaf akan dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang dilakukan.

“Setiap ilmu yang diperolehi perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk ummah dan disebarkan kerana ia adalah amanah dari Allah SWT.

“Peranan memanfaatkan ilmu ini adalah kerana kita bertanggungjawab menyebarkannya  supaya semua merasai nikmat dan rahmah ilmu tersebut,” ujar Nik Omar.

Beliau turut berpesan  agar Al- Quran mesti sentiasa dijadikan pegangan dan pedoman.

Hadir sama ialah Pengarah Kolej Vokasional Dungun, Awang Junus. Ia dihadiri oleh seramai 500 pelajar.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *