Home » Citra Yadim » Penyata Kewangan 2018 tanpa teguran

Penyata Kewangan 2018 tanpa teguran

Ketua Unit Audit dan Kualiti YADIM, menyampaikan simbolik Laporan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 tanpa teguran kepada Yang Dipertua YADIM.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima  pengiktirafan bagi Laporan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 tanpa teguran daripada Juruaudit luar, Zurin & Co.

Pada pendapat juruaudit bertauliah tersebut, YADIM telah menyediakan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 dengan wajarnya menurut Piawaian Laporan Entiti Persendirian  Malaysia (MPERS) dan keperluan Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 di Malaysia.

Kejayaan ini menunjukkan badan dakwah ini komited melaksanakan gerak kerjanya menurut piawaian dan kaedah yang betul.

Pada masa yang sama membuktikan aspirasi YADIM untuk menjadi contoh pentadbiran Islam yang sebenar kepada organisasi lain khususnya dan masyarakat umumnya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *