Home » Langit Terbuka » ‘Kahwin sesama jenis… bolehkah dapat anak?’ – Tun Mahathir

‘Kahwin sesama jenis… bolehkah dapat anak?’ – Tun Mahathir

Kebebasan perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan 'apa sahaja' tidak wujud, tegas Perdana Menteri - Foto AsiaNews.com

LONDON – Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.

“Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau perkahwinan sesama jenis, boleh dapat anak?

“Apa mereka buat? Mereka ambil anak angkat, dan sebagainya,” katanya dalam sesi soal jawab selepas majlis ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad di Cambridge Union pada Isnin.

Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia, yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, akan mengikut jejak langkah Taiwan meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kebebasan juga perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan ‘apa sahaja’ tidak wujud.

“Pada kami, ia pemikiran yang kebelakang. Hanya kerana kamu rasa manusia perlu bebas dan mereka boleh lakukan apa sahaja, mereka merasakan perkahwinan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, ‘Oh itu tidak apa, itu hak mereka’.

“Saya rasa hak (kebebasan) perlu atas batasnya. Tidak wujud hak mutlak untuk melakukan apa sahaja,” kata Perdana Menteri lagi.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Katanya, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat. – Awani

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *