SEMUNGKIS – Pihak Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelatih Daie Muda Yadim (DMY) 2019 di sini pada 29 Mei 2019 (Rabu).
Seramai 17 orang pelatih Daie Muda dari pelbagai negeri dan latar belakang bidang pengajian serta 15 orang kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut.
Majlis yang bermula pada pukul 6.30 petang dihadiri oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah ILDAN, Tuan Khairul Fuad Shamsuddin dan Ketua Penyelaras DMY 2019, Tuan Sabir Abd Ghani.
Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan antara para pelatih dan pihak pengurusan ILDAN.
Para pelatih Daie Muda 2019 akan berkampung di ILDAN selama 32 hari sebelum melakukan tugasan lapangan mereka. Pelbagai kemahiran diberikan kepada para pelatih sebagai persediaan sebelum turun kelapangan bertemu dengan masyarakat.
Mengambil semangat dan harapan YADIM untuk melahirkan Tekno Daie pelbagai kemahiran teknologi turut didedahkan kepada para pelatih.
Shamsuddin dalam ucaptamanya mengingatkan para daie supaya terus menyumbang bakti kepada masyarakat setelah tamat proses latihan serta bekerjasama dengan pihak YADIM untuk menganjurkan aktiviti yang bermanfaat untuk ummah.
Beliau turut memaklumkan cadangan penambahbaikan insfrastruktur ILDAN sebagai menaik taraf institusi ini sebagai pusat latihan Daie Muda untuk siri-siri akan datang.
Pengarah ILDAN, dalam ucapan aluannya pula selaku penganjur majlis berbuka puasa tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan berharap agar ukhwah ini berkekalan.
Majlis yang berakhir pada pukul 9.30 malam ini sangat bermakna buat para pelatih sebelum mereka bercuti selama dua minggu semperna hari raya. Para pelatih akan mula melapor diri semula pada 11 Jun 2019 untuk meneruskan latihan fasa kedua DMY 2019.
Mohamad Zaiful Faizal bin Mohamad Hasan
Pelatih Daie Muda YADIM 2019
KOMEN