RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata pada Selasa kerajaannya bersedia untuk berdamai dengan Hamas, lapor agensi berita Anadolu.
“Kerajaan Palestin dan Pergerakan Fatah bersedia untuk berdamai dengan Hamas,” kata Shtayyeh semasa pertemuan dengan ketua Suruhanjaya Pilihanraya Palestin, Hanna Nasser.
“Perpecahan ini menjadi sejarah hitam Palestin, andai perspektif damai dengan Hamas berbeza, biarkan rakyat membuat keputusan melalui pilihan raya,” katanya.
Shtayyeh berkata kerajaannya percaya pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk menamatkan kemelut di Palestin. – Bernama
KOMEN