Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia

Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia

Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (terngah), memberikan penerangan tentang gerak kerja badan itu kepada Yang Dipertua YADIM (kiri).

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia disaran supaya mendaftar sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM),di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, dengan mendaftar di bawah MAIM, badan berkenaan boleh mendapat input terkini berkenaan penyelarasan NGO Islam di negara ini, menambah potensi kerjasama selain membuka peluang mendapatkan dana dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dengan mendaftar di bawah MAIM kelak, akan membolehkan penyelarasan maklumat berkaitan program dan NGO itu sendiri nanti,” kata beliau.

Nik Omar berkata demikian semasa kunjung hormat Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia di pejabat hari ini. Hadir mewakili NGO berkenaan ialah Presidennya, Siti Hadijah Sidek serta Pengerusinya, Azlan Shah Rahman.

Dalam kunjungan berkenaan, Hadijah memberitahu, badan pimpinannya itu memfokuskan kepada gerak kerja membantu ibu ibu tunggal serta anak anak yatim.

“Kami sudah beroperasi sekitar dua tahun, dan bergerak buat masa ini di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, antara aktiviti yang dilaksanakakan termasuklah jualan amal, bazar dan penyerahan sumbangan kepada pelajar sekolah,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya juga mahu bekerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi dengan YADIM pada masa akan datang.

Sementara itu, Azlan pula menyatakan hasrat menjemput Nik Omar untuk menyampaikan kuliah dalam program program yang bakal dilaksanakan pihaknya pada masa akan datang.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *