Home » Citra Yadim » Kunjungan Yayasan Muallaf Malaysia ke YADIM

Kunjungan Yayasan Muallaf Malaysia ke YADIM

Yang Dipertua YADIM (kiri) semasa menerima kunjung hormat daripada Pengerusi Yayasan Muallaf Malaysia (kanan).

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (7 Mei) menerima kunjungan daripada Yayasan Muallaf Malaysia yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Pengerusinya, Nabila Shila Lama Abdullah turut mengadakan perbincangan ringkas dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabatnya, mengenai beberapa perkara.

Beliau yang juga dikenali sebagai Shila Lama, juga berkongsi pengalamannya memeluk Islam bersama Nik Omar.

Sementara itu Nik Omar menyambut baik hasrat Yayasan Muallaf serta menyatakan rasa bangga dan kagum dengan ketabahan golongan wanita mualaf yang sukarela menjalankan kegiatan dakwah.

Nik Omar turut menawarkan Shila Lama menyertai Majlis Perundingan Wanita Islam (MPWIM) YADIM, sebuah sekretariat pergerakan wanita Islam di Malaysia untuk koordinasi dan program lebih tersusun.

Yayasan Muallaf Malaysia telah diperbadankan pada 6 Februari 2017 untuk berkongsi aspirasi dan visi untuk membawa perubahan kepada kehidupan mualaf di Malaysia.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *