Home » Citra Yadim » Bicara Keluarga Rahmah buat kakitangan Wisma Kastam

Bicara Keluarga Rahmah buat kakitangan Wisma Kastam

Ahli Panel Program Bicara Keluarga Rahmah ketika program tersebut di Wisma Kastam.

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah dengan menyantuni kakitangan Kastam Diraja Malaysia di sini.

Seramai 120 orang anggota yang berkhidmat di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah menghadiri program anjuran Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kuantan dan Badan Kebajikan Islam Kastam (Bakiska).

Program di Dewan Dato Hadzri ini dengan tajuk “Keluarga Rahmah Negara Harmoni” menampilkan penceramah berkaliber seperti Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang juga personaliti dakwah Ustaz Zarifi Mohamad Daud, penceramah bebas terkenal, Ustazah Zawiyah Hassan, serta Puan Nur Haniza Zaharan, dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Pahang, Yang Berusaha Mohd Khair bin Zakaria telah menyampaikan ucapan aluan dalam majlis ini, manakala YADIM pula diwakili oleh Puan Norhayati Azmi dari Bahagian Pembangunan Ummah.

Program hari ini antara lain membicarakan tentang pengurusan dan perancangan kewangan peribadi serta keluarga. Turut dibicarakan oleh ahli panel ialah berkaitan kaedah pengurusan hutang yang baik.

Panel turut menyentuh mengenai kepentingan menjaga hubungan sesama ahli keluarga.

Program Bicara Keluarga Rahmah merupakan sebuah program dakwah dengan hasrat menggalakkan masyarakat mengukuhkan hubungan institusi kekeluargaan, sekaligus melahirkan lebih banyak keluarga mithali.

Ia bertujuan membina keluarga yang mmpunyai keunggulan sahsiah di kalangan masyarakat, serta mampu menggerakkan individu yang lain ke arah tersebut serta peka terhadap isu semasa di persekitarannya.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *