Home » Citra Yadim » Lawatan ke Pusat Khidmat Rakyat Parit Buntar dan Titi Serong.

Lawatan ke Pusat Khidmat Rakyat Parit Buntar dan Titi Serong.

Yang Dipertua YADIM bersama kakitangn Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri Titi Serong.

PARIT BUNTAR – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz hari ini meluangkan masa melawat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan Titi Serong di sini, sebelum kembali bertugas di Putrajaya.

Terdahulu beliau telah menyampaikan kuliah maghrib bertajuk ‘Jejaki Dakwah Rasulullah SAW di Masjid Al-Ridzuan, di sini semalam.

Selesai kuliah maghrib beliau turut bertemu dengan Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Serong.

Dalam lawatannya hari ini, Nik Omar memberikan cadangan dan pandangan tentang usaha memastikan semangat dan roh Rahmah terus dapat dirasai oleh penduduk.

Tuan Haji Hamdan Fadel bin Ahmad, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Pusat Khidmat menyambut baik pandangan tersebut.

Menurutnya, ia memandang ke depan ke arah memperkasakan Islam sebagai Rahmah buat sekalian di kawasan Parit Buntar.

YADIM mengucapkan terima kasih atas undangan ke Parit Buntar ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *