Home » Citra Yadim » Penjelasan berkaitan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM

Penjelasan berkaitan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM

FMD memainkan peranan dalam inisiatif kaderesasi YADIM untuk melahirkan para pemimpin masa hadapan yang mempunyai jiwa islamik

Kenyataan Media

YADIM sudah melahirkan ratusan orang graduan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM. Apakah FMD?

1.Felo Muda Dakwah atau dikenali sebagai FMD iaitu program kaderiasasi pendakwah yang sudah berlangsung sebanyak 8 siri semenjak lima tahun yang lalu. Setiap siri disertai oleh sekitar 30 – 40 orang anak muda lelaki dan wanita dari seluruh negara, bahkan dari luar negara.

2. Mereka terpilih menyertai program ini selepas lulus temuduga yang dijalankan oleh sekumpulan penemuduga profesional dan perlu berkampung selama 3 bulan dan dilatih secara intensif untuk memenuhi kehendak modul termasuk modul latihan dakwah di lapangan.

3. Latihan FMD ini meliputi 3 asas utama iaitu sikap, kemahiran dan pengetahuan (Attitude, Skill and Knowledge). 3 asas utama ini merangkumi 8 modul teras iaitu Mind Setting, tasawur dakwah negara, komunikasi profesional, disiplin dan jati diri, softskill dan kepimpinan, kemahiran sosial dan kemasyarakatan, kerohanian, perlembagaan dan patriotisme.

4. FMD sudah diterima oleh pelbagai agensi dan masyarakat umum sebagai program yang melahirkan pendakwah berkaliber. Dalam kalangan mereka ini, ada yang diterima dalam sektor perkhidmatan awam, swasta dan ramai yang berdikari.

5. Mereka adalah pemegang ijazah daripada pelbagai bidang disiplin ilmu. Program FMD telah menjadi nilai tambah untuk diri mereka dalam membina keyakinan dan keterampilan diri untuk mendepani pelbagai segmen sasaran dakwah di sektor-sektor yang mereka sertai.

6. FMD bukan program berunsur politik, jauh sekali untuk melahirkan pentaksub kepada mana-mana parti politik. Graduan FMD adalah jurubicara dakwah bagi pihak YADIM, sementara mereka bebas untuk memilih jalur politik yang serasi dengan diri mereka.

7. Dalam kalangan mereka, seramai 26 orang sedang berkhidmat di YADIM secara kontrak dalam pelbagai bahagian dan unit. Sepanjang interaksi saya dengan mereka dalam pelbagai aktiviti, mereka begitu berdedikasi dan profesional dengan tugas masing-masing.

8. Mereka bukan jentera kepada mana-mana parti politik tetapi jentera dakwah YADIM. Status sebagai FMD menjadikan mereka lebih mudah berada dalam masyarakat dan diterima dengan yakin kerana keupayaan diri mereka melaksanakan apa saja tugas yang diamanahkan.

9. FMD memainkan peranan dalam inisiatif kaderesasi YADIM untuk melahirkan para pemimpin masa hadapan yang mempunyai jiwa islamik. Antaranya FMD ini bertanggungjawab mengawal selia kaderesasi Sahabat YADIM yang telah ditubuhkan di 33 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang melibatkan 14 buah negeri. Sehingga kini keahlian Sahabat YADIM telah mencecah sekitar 17 ribu para siswazah.

10. Program FMD akan diteruskan seperti biasa bahkan beberapa penambaikan dibuat supaya program kadearisasi pendakwah dalam kalangan anak muda yang dilahirkan melalui FMD berupaya menampung keperluan tenaga dakwah berkaliber bagi membantu perkembangan dan kemajuan dakwah.

11. Namun pada masa yang sama Pengurusan YADIM akan terus memantau dan memastikan apa jua kelemahan pada perlaksanaan program semasa FMD seperti yang diutarakan oleh beberapa pihak akan diperbaiki demi memastikan program kaderisasi pendakwah di kalangan anak muda ini terus mampu menampung keperluan tenaga dakwah berkaliber bagi perkembangan dan kemajuan dakwah Negara.

12. Semoga dengan penjelasan ini, sebarang persepsi negatif terhadap FMD terutama graduan FMD yang sedang bertugas di YADIM dapat dikikis. Semoga usaha murni ini disokong dan dapat diteruskan dengan lebih berjaya demi kepentingan ummah dan negara.

Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin
Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
9 April 2019

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *