Home » Citra Yadim » Temui Ustaz Nik Omar di Hari Piknik Keluarga

Temui Ustaz Nik Omar di Hari Piknik Keluarga

SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia terus diberi kepercayaan menyebarluaskan dakwah Islamiah di negara ini apabila terbaharu dijemput menghadiri Hari Piknik Keluarga di tasik Seksyen 7 di sini.

Menerusi majlis anjuran pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor serta Majlis Perwakilan Penduduk Majlis Bandaraya Shah Alam Zon 1,3 dan 4 itu, Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dijemput sebagai tetamu istimewa untuk menyampaikan kuliah agamanya pada 30 Mac ini (Sabtu).

Menurut penganjur, acara akan bermula jam 8 pagi sebelum sesi perkongsian kuliah Dhuha oleh Ustaz Nik Omar itu diadakan secara santai dan tenang di tepi tasik.

“Pelbagai agensi keluarga seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menyertai acara ini  untuk memberi khidmat nasihat percuma bagi pembangunan institusi kekeluargaan, “ ujar mereka.

Turut diadakan ialah persembahan artistik dari kumpulan Anak Istimewa Selangor (ANIS) selain bengkel keluarga, aktiviti santai dan jamuan ringan.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *