KUBANG GATAL – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Kijang Emas Group telah menganjurkan Seminar Fiqh Wanita di Masjid Slow Machang, di sini hari ini (23 Mac).
Menurut Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Ustazah Yusnita Mohamed Yusoff ,majlis ilmu ini menampilkan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Cawangan Kelantan, Ustaz Mohd Alimi Bin Mohammed sebagai penceramahnya.
“Acara dimulakan jam 9.30 pagi dengan sesi tazkirah kepada hadirin oleh Ustaz Mohd Alimi.
“Dalam tazkirahnya, Mohd Alimi menyeru hadirin yang hadir supaya berusaha mengelakkan diri dari terlibat dengan dosa di hujung jari, terutamanya yang melibatkan teknologi maklumat seperti penyebaran maklumat tidak benar melalui aplikasi Whatsapp dan sebagainya.
“Beliau turut menyentuh mengenai kisah Isra’ Mikraj selain menyeru hadirin supaya sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.
Seramai 56 orang peserta hadir ke majlis tersebut yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
KOMEN