Home » Langit Terbuka » TH yakin kembalikan sokongan pendeposit

TH yakin kembalikan sokongan pendeposit

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, TH kini sentiasa mengaplikasikan dua perkara mengikut akta iaitu tidak melanggar undang-undang dan memastikan tidak berlaku kelemahan dalam pengurusan kewangan demi mendapatkan keuntungan. - Foto Bebasnews

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) yakin dapat mengembalikan keyakinan pendeposit untuk terus mempercayai badan itu selaku pemegang amanah bagi mengurus dan menjamin simpanan serta pelaburan mereka

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Fuziah Salleh berkata, menerusi pelan pemulihan komprehensif dan barisan pengurusan terbaru, TH optimis dapat kembali kepada landasan sebenar.

Beliau berkata, TH kini sentiasa mengaplikasikan dua perkara mengikut akta iaitu tidak melanggar undang-undang dan memastikan tidak berlaku kelemahan dalam pengurusan kewangan demi mendapatkan keuntungan.

“Apabila kami letak di bawah seliaan Bank Negara jadi adalah pengawalan risiko di situ. Ini memastikan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap Tabung Haji supaya berada di landasan cukup terbaik,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502).

Selain itu, Fuziah berkata, penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) juga diyakini dapat memulih dan memaksimumkan pemulihan aset yang tidak menunjukkan prestasi serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Jan lepas.

“Dalam pelaburan akan datang, kawal selia dari BNM dan BNM akan lihat pada risiko, dan risiko akan dilihat oleh Tabung Haji sendiri iaitu pengurusan yang baharu akan melihat kepada perkara ini…jadi Insya-ALLAH tak akan berlaku keadaan yang Tabung Haji akan melabur dalam syarikat yang tidak menguntungkan,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat khususnya pendeposit terus menyandarkan keyakinan tinggi kepada barisan pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah TH untuk menggerakkan agenda pemulihan seperti dirangka.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberitahu Dewan Rakyat bahawa TH berjaya meningkatkan jumlah aset sebanyak RM76.5 bilion berbanding nilai tanggungan dan deposit RM75.5 bilion pada tahun 2018 menerusi pelan pemulihan dan penstrukturan semula. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *