KUALA LUMPUR – Pihak polis perlu menangkap segera individu atau pihak yang sengaja mencetuskan provokasi dengan menghantar sekali lagi berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang.
“Siapa bersalah minta segera mereka ditangkap agar menunjukan kesungguhan kita menjaga kesucian rumah-rumah ibadat khususnya dalam masjid dan surau,” katanya kepada pemberita selepas Jamuan Muhibbah Tahun Baharu Cina di Subang, dekat sini.
Program anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) itu turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Nordin Ibrahim dan Presiden Macma, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
Semalam, Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang sekali lagi diduga dengan penemuan dua patung berhala di pintu masuk surau tersebut oleh seorang wanita seorang wanita yang dalam perjalanan ke kelas agama.
Tiga hari sebelum itu, Siak Surau Sabilul Huda, Mohd. Yatim Omar dikejutkan dengan perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab yang meletakkan satu patung berhala bersebelahan pintu masuk utama di surau berkenaan.
Tambah Mujahid, jika pihak tidak bertanggungjawab itu terus terlepas beliau bimbang akan banyak lagi kes provokasi timbul seterusnya mencemari kesejahteraan beragama di negara ini.
“Saya ingin tegaskan pihak polis kena mengambil langkah segera kerana jika dibiarkan perkara ini berterusan akan menimbulkan pelbagai provokasi dan kita tak mahu melihat negara kita dicemari dengan perbuatan sebegitu,” katanya. – Utusan Malaysia
KOMEN