PUTRAJAYA – Rancangan wawancara isu semasa, Bicara Politikonomi akan bersiaran secara langsung esok (20 Februari 2019) di RTM 1 pada jam 9 malam dengan tetamu kali ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.
Ia juga bakal menampilkan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz yang berlintas langsung dan membicarakan tentang pemerkasaan pentadbiran YADIM.
Bicara Politikonomi akan dihoskan oleh pengacara serba boleh, Sayed Munawar Sayed Mustar.
Rancangan kali ini akan menyentuh mengenai usaha mengangkat Gagasan Rahmatan Lil Alamin, yang kini giat dilaksanakan kerajaan.
Pada masa yang sama, ia juga membicarakan pelbagai isu semasa berkaitan hal ehwal Islam seperti hubungan antara kaum, pemerkasaan mahkamah Syariah, Tabung Haji dan sebagainya.
YADIM akan disentuh dalam isu pemerkasaan pentadbiran Islam, dan Nik Omar bakal menjelaskan apakah usaha badan dakwah ini yang kini dalam fasa akhir penstrukturannnya.
Turut dijelaskan ialah apakah langkah langkah dakwah YADIM ke atas golongan muda dan cabaran menghadapi media sosial.
KOMEN