Home » Citra Yadim » MVM tawar kerjasama pelbagai bidang

MVM tawar kerjasama pelbagai bidang

Muhammad (tiga dari kanan) sewaktu menyampaikan taklimat semasa sesi lawatan ke YADIM

PUTRAJAYA – Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) hari ini menawarkan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Antaranya, MVM yang berpengalaman luas dalam pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara asing, turut mempelawa YADIM untuk terlibat dengan misi sedemikian pada masa hadapan.

Presiden MVM, Muhammad Jantan berkata, tawaran kerjasama dengan YADIM itu juga nanti sebenarnya juga bakal memberi manfaat kepada pihaknya.

“YADIM memiliki kepakaran dalam bidang dakwah, termasuk mempunyai daie daie dalam bidang berkenaan, ini yang MVM tidak miliki, menerusi kerjasama yang kita rancang ini, kedua pihak akan dapat manfaat.

“Kita rancang untuk mewujudkan slot pengisian kerohanian dalam program program kita pada masa akan datang, buat masa ini kita tidak miliki sumber untuk laksanakannya, dengan adanya kerjasama YADIM,  insyaAllah ia akan terlaksana,” kata Muhammad dalam sesi taklimat kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini (12 Februari).

Taklimat tersebut diadakan dalam sesi lawatan MVM ke YADIM hari ini. Hadir sama ialah barisan pengurusan tertinggi MVM serta Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.

Menyentuh mengenai kerjasama dalam misi ke luar negara, Muhammad menjelaskan, YADIM menerusi ramai kakaitangannya yang boleh berbahasa Arab, bakal membolehkan komunikasi yang lebih lancar di lapangan.

Tambah beliau, MVM pernah mengadakan misi ke beberapa negara bergolak di Timur Tengah tanpa membawa delegasi peserta yang boleh berbahasa Arab dan ia ternyata menyukarkan keadaan.

“Ia pernah berlaku beberapa kali dalam misi bantuan, penduduk di kawasan misi tidak tahu berbahasa Inggeris, justeru memang sukar untuk berkomunikasi,” katanya.

Menyentuh mengenai bentuk kerjasama lain, YADIM jelas Muhammad juga boleh dilibatkan dengan program program dalam negara.

MVM menurutnya, mempunyai hubungan baik dengan agensi agensi pengurusan zakat di negara ini, selain sering turut serta dengan program turun padang mereka.

“Kami juga menyedari kewujudan Sahabat YADIM yang aktif di universiti, gerak kerja mereka juga hampir sama dengan MVM, di sini kita boleh bincang lanjut apa bentuk kerjasama pada masa akan datang.

“Kita juga boleh bantu Sahabat YADIM untuk laksana program kebajikan, kerana itu memang fokus kami, jadi nanti Sahabat YADIM boleh tambahkan dan luaskan portfolio program daripada pengkaderan daie semata mata“ ujar Muhammad.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *