Home » Citra Yadim » Jemputan imarah program keislaman di Selangor

Jemputan imarah program keislaman di Selangor

PUTRAJAYA – Pejabat Menteri Besar Selangor telah menjemput Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk membantu mengimarahkan program penghayatan Islam di negeri berkenaan.

Sebagai permulaan, antara yang mahu dilaksanakan ialah menjadikan kediaman rasmi Menteri Besar  (Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Shari) sebagai pusat pengajian agama.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Hidayat Mohd Saufi hari ini hadir sendiri bertemu Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dan menjemput beliau untuk menjadi penceramah bulanan bagi program tersebut.

“Terdahulu memang ada acara seumpama ini, yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi kali ini Menteri Besar mahu pejabat beliau sendiri yang ketuai usaha ini.

“Sebelum ini kediaman Menteri Besar hanya digunakan untuk acara rasmi, tetapi selepas berpindah ke sana, beliau serius mahu imarahkannya,” jelas Hidayat.

Katanya lagi, program setiap dua minggu pada malam Jumaat itu nanti bakal melibatkan penjawat penjawat awam di negeri Selangor.

“Antara yang bakal dilibatkan termasuklah pihak pengurusan masjid, guru dan sebagainya. Tentatif program melibatkan solat Maghrib berjemaah dan sesi ceramah sebelum diadakan sedikit jamuan,”ujar beliau.

Tambah Hidayat, pihaknya sudah menyediakan jadual untuk acara tersebut, bagaimanapun pihak YADIM bolehlah memberi maklum balas sekiranya terdapat cadangan untuk mengubah suainya.

“Kelak sekiranya pihak YADIM ada kelapangan mungkin saya boleh atur untuk hadir ke pejabat Menteri Besar terlebih dahulu untuk kita adakan perbincangan lanjut,”katanya.

Menurutnya lagi selain YADIM, Pejabat Menteri Besar Selangor juga ada menjemput seorang lagi panel iaitu penceramah bebas yang juga fasilatator  Modul Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yang Berusaha Ustaz Fawwaz Fadzil.

Hidayat turut mengalukan sebarang kerjasama antara YADIM dan pihaknya pada masa akan datang.

Nik Omar dalam reaksi balasnya menyatakan persetujuan atas jemputan tersebut serta menyatakan kesudiannya untuk sama sama menyumbang bagi tujuan penyebaran dakwah Islamiah menurut Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Jelasnya, beliau gembira untuk terlibat dalam usaha murni tersebut.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *