Home » Langit Terbuka » Jika penguatkuasa terbunuh akibat tindakan ganas penjenayah, itu biasa…

Jika penguatkuasa terbunuh akibat tindakan ganas penjenayah, itu biasa…

Tan Sri Musa Hassan berkata, sekiranya anggota penguatkuasa yang terkorban, ramai yang cepat menuding jari mendakwa kekerasan digunakan - Foto Hiasan, Kosmo

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan antara jutaan rakyat Malaysia yang sangat terkesan berikutan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara.

Di laman Twitternya, Musa memang kerap membuat ulasan tentang tragedi yang menimpa Muhammad Adib.

Malah dalam temuramah bersama MalaysiaGazette baru-baru ini, beliau menekankan tentang trend rakyat negara ini yang semakin cenderung kepada elemen provokatif terutama terhadap pasukan yang menjaga keselamatan negara khususnya PDRM.

Pagi ini, Musa memuatnaik catatan tentang pemerhatiannya daripada perjalanan yang ditempuh oleh Muhammad Adib.

“Di Malaysia bila penjawat awam seperti polis, tentera, bomba terbunuh akibat dari tindakan ganas penjenayah dikatakan “itu biasa kerana tugas mereka”.

“Jika penjenayah pula yang terbunuh cepat menuding jari penguatkuasa mengguna kekerasan dan minta keadilan,” tulis beliau diikuti dengan #Justice4Adib

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *