Home » Langit Terbuka » Sultan Johor kurniakan 60 hektar tanah untuk rakyat

Sultan Johor kurniakan 60 hektar tanah untuk rakyat

Tunku Mahkota Johor berkata, sumbangan tersebut direalisasikan setelah dirinya sendiri turun padang dan mendengar sendiri rintihan rakyat menerusi beberapa lawatan yang dilakukan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 60 hektar untuk mendirikan 1000 unit rumah mampu milik di negeri ini.

Khabar gembira itu disampaikan anakandanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasminya.

“Minggu depan, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Sultan Johor, ia selepas baginda berkenaan mengurniakan tanah untuk membina rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000.

“Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat,” katanya.

Tunku Ismail berkata, sumbangan tersebut direalisasikan setelah dirinya sendiri turun padang dan mendengar sendiri rintihan rakyat menerusi beberapa lawatan yang dilakukan.

Katanya, sumbangan diberikan kepada rakyat itu juga tidak berniat apa-apa malah dianggap sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebagai Tunku Mahkota Johor dan kerabat diraja.

“Sumbangan keluarga diraja Johor kepada rakyat bukan baru minggu lepas tetapi sejak zaman nenek moyang saya lagi iaitu pada tahun 1885. Saya cuma meneruskan legasi almarhum-alamarhum Sultan Johor dan juga ayahanda saya.

“Suka saya nyatakan kepada mereka ini bahawa ini bukan tindakan yang aneh tetapi ia adalah tugas, amanah dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor. Saya melakukan kerja ini ikhlas demi kesejahteraan rakyat saya,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *