Home » Langit Terbuka » Polis berjaya tahan suspek kes langgar lari di Cyberjaya

Polis berjaya tahan suspek kes langgar lari di Cyberjaya

Ketua Polis Daerah Sepang berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan, Selangor pukul 12 tengah malam semalam

SEPANG – Polis berjaya menahan tiga suspek kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan, Selangor pukul 12 tengah malam semalam.

Katanya, suspek kedua dan ketiga pula yang masing-masing merupakan seorang lelaki warga Libya dan wanita tempatan ditahan di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya di sini.

“Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yg terlibat dgn kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kes tersebut, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi semalam selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua suspek tersebut merupakan penuntut di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya dan salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan tersebut semasa kemalangan.

Sementara itu, difahamkan kesemua suspek tersebut akan dibawa ke Mahkamah Sepang di sini hari ini untuk mendapatkan perintah reman. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *