Home » Langit Terbuka » Australia pertimbang pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Australia pertimbang pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Perdana Menteri Australia berkata, beliau terbuka dengan cadangan bekas Duta Besar negara di Israel, Dave Sharma supaya memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis

CANBERRA – Australia akan mempertimbangkan cadangan memindahkan kedutaan di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, selain mengiktiraf wilayah itu sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri Australia, Scott Marrison berkata, dia terbuka dengan cadangan bekas Duta Besar negara di Israel, Dave Sharma supaya memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis.

Katanya, Australia mengiktiraf Barat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sementara Timur Baitulmaqdis adalah milik Palestin.

“Titik penyelesaian dua negara ini adalah negara yang diiktiraf hidup sebelah menyebelah.

“Tiada keputusan dibuat mengenai pengiktirafan ibu negara atau pemindahan kedutaan negara, tetapi buat masa ini kita terbuka dengan cadangan itu,” katanya.

Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sekali gus mengumumkan pemindahan kedutaannya ke wilayah itu.

AS menjadi satu-satunya kedutaan asing di Baitulmaqdis selepas memindahkan pejabatnya secara rasmi pada Mei lalu, yang kemudiaan diikuti Guatemala serta Paraguay.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan dunia Islam dan mendorong tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan bagi membantah keputusan AS dan kekejaman yang dilakukan rejim pengganas Israel ke atas rakyat Palestin.- Agensi

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *