Home » Langit Terbuka » Kemboja hargai peranan Malaysia

Kemboja hargai peranan Malaysia

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkata, bagi menghargai peranan yang dimainkan Malaysia, pihaknya telah diberi anugerah Royal Order of The Kingdom Cambodia, bintang Sowathara

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima penghargaan daripada kerajaan Kemboja berikutan peranan yang dimainkan jabatan itu dalam membantu umat Islam di negara berkenaan, selama ini.

Sehubungan itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, bagi menghargai peranan yang dimainkan Malaysia, Jakim telah diberi anugerah Royal Order of The Kingdom Cambodia, bintang Sowathara.

Katanya, anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Jeneral Tentera Diraja Kemboja, Hun Manet.

“Saya menerima bagi pihak Jakim anugerah Royal Order of The Kingdom Cambodia bintang Sowathara yang disampaikan oleh Jeneral Tentera Diraja Kemboja, Hun Manet yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *